Friday, 13 June 2014

Shaklee Sarawak : Rezeki dijalan Allah ~



Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya.  Supaya kita mencari jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan hadis.Begitu juga dalam hal mencari rezeki.  Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.

Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)

Kesimpulannya di sini, Sesibuk mana pun kita sebagai manusia mencari rezeki untuk hidup, wajib untuk kita semua berbalik semula kepada Allah iaitu Solat, Berdoa, Berzikir, Bersedekah dan melakukan segala ajaran Allah untuk kebaikan dan kejalan yang benar :)Dengan Allah jua kita meminta segalanya.. Kita tidak perlu bimbang dengan banyak atau sedikit rezeki yang kita perolehi pada hari ini atau esok, kerana sudah terdapat jaminan Allah. Solat terjaga, malah sentiasa solat sunat dan ibadah lain, maka Allah akan mempermudahkan segalanya. Ameen ya Rabbal alameen. 

# So, cerita ni juga untuk peringatan kepada diri admin sendiri tauu :) sebab tu admin bersama Shaklee :) Kita bukan sahaja berniaga tetapi dapat membantu orang yang memerlukan :) Disamping itu, admin juga banyak diberi tunjuk ajar dr Upline admin , rakan2 downline dan group lain pun sama jugak walaupun kita org bukan under upline / downline sesiapa tp diorang sentiasa bg tunjuk ajar dan membantu , Begitu juga Master kitaorang yg slalu memberi tunjuk ajar,semangat dan tabah dalam menjaga org bawahannya  :) 

Sharing cerita je :) untuk iktibar semua ~ 

Berminat dengan Shaklee ?
Berminat nak jadi ahli Shaklee ?
Hubungi admin untuk konsultasi percuma :
010-5968087 (whatsapp,sms,telegram)
COD Bekenu-Miri
POSTAGE Seluruh Malaysia Sabah & Sarawak 

Add facebook Yusrena Yusop
Like PageFacebook Ummiedamia Vita Shop




No comments:

Post a Comment